Selamat datang ke e-CRiM.

e-CRiM merupakan pusat sehenti (one-stop centre) bagi pengurusan data penyelidikan dan inovasi PTSB. Ia juga merupakan
pelantar (platform) untuk warga PTSB berkongsi hasil penyelidikan dan inovasi.
 
Bil
Berita
1
Pertandingan inovasi iCompex'15

Tarikh : 24,25 & 26 Mac 2015
Tempat: POLIMAS, Jitra, Kedah
Dijemput semua pelajar dan pensyarah untuk menyertai iCompEX'15.Pengesahan penyertaan hendaklah dibuat secara atas talian selewat-lewatnya pada 16 Februari 2015 bagi kategori terbuka dan 15 Januari 2015 bagi kategori kertas penyelidikan. Borang penyertaan boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.icompex.gov.my


2
Permohonan Geran Penyelidikan eScience (MOSTI) Sila layari http://ernd.mosti.gov.my/eScience/ Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Saifuddin Kumar b. Abdullah (03-88919276/0199691310.

3
JEMPUTAN KE INTERNATIONAL BUILD & BREAK COMPETITION 2014 Tempat : PUO Tarikh : 17 - 18 Disember 2014 Tarikh Tutup Penyertaan : 21 Nov. 2014 Sila layari www.puo.edu.my untuk keterangan lanjut.

4
Ekspo Teknolgi Malaysia 2015 (12 - 14/02/2015) Dua Kategori : Belia (18 hingga 25 tahun) & Junior (17 tahun ke bawah) Untuk maklumat lanjut, sila layari : www.mte.org.my

 

Pengenalan
-------------
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) PTSB berperanan untuk merancang, mengurus, menyelaras dan menggiatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi. CRIM juga berperanan mengumpul data penyelidikan dan inovasi untuk dijadikan rujukan melalui sistem e-CRiM. CRIM bertanggungjawab terus kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah (Akademik) PTSB.

Visi
-----
Memupuk budaya penyelidikan dan inovasi yang cemerlang di kalangan warga PSTB.

Misi
------
Mengurus aktiviti penyelidikan dan inovasi bagi melonjakkan kecemerlangan PTSB

Objektif
--------
Menyedia pusat pengurusan sehenti (one-stop management centre) untuk menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan penyelidikan dan inovasi.

Fungsi
--------
Merancang, mengurus, menyelaras dan menyediakan perkhidmatan untuk aktiviti-aktiviti penyelidikan dan inovasi melalui

*Hebahan maklumat dan penyediaan latihan
*Penerbitan hasil penyelidikan
*Permohonan dana/geran penyelidikan serta harta intelek
*Penganjuran hasil-hasil penyelidikan dan inovasi (persidangan,
seminar, pameran dan lain-lain)
*Penyelarasan penyertaan di dalam persidangan, seminar, pameran
dan lain-lain.
*Kolaborasi penyelidikan dengan agensi-agensi luar

 

 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB