Keterangan
Tajuk :
Corak Perbelanjaan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik: Satu Kajian Kes Di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Ketua Pengarang/Penulis:
Wan Mustaffa bin Wan Yusoff

Senarai ahli-ahli :
Ab Razak bin Mohammad dan W. Mohd Rashid bin


W. Ahmad, Phd.Prof,




Kategori Penulisan:
Jurnal 2013

Tahun Dikeluarkan:
2013

KataKunci:
Corak perbelanjaan, kajian kes, Politeknik, Malaysia

Abstrak:
Penggunaan sumber kewangan yang terancang oleh para pelajar perlu diberi perhatian kerana ianya boleh memberi kesan terhadap ketidakupayaan untuk membayar balik sumber kewangan tersebut kepada pihak penaja serta boleh mengecewakan pihak lain terutamanya ibu bapa mereka. Sehubungan dengan ini, tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti jumlah wang yang dibelanjakan bagi item yang berkaitan dengan perbelanjaan akademik dan bukan akademik dalam kalangan pelajar PTSB dan mengetahui perhubungan antara jantina dengan jumlah wang yang digunakan bagi semua item perbelanjaan akademik dan bukan akademik. Kajian ini merupakan satu kajian kes. Sejumlah 200 orang pelajar semester akhir dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dipilih sebagai responden kajian. Pengumpulan data dibuat menggunakan soal selidik. Analisis statistik dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Secara keseluruhan dapatan kajian mendapati bahawa pelajar PTSB banyak menghabiskan perbelanjaan mereka ke arah bukan akademik berbanding akademik. Selain dari itu, mereka berbelanja bagi semua item sama ada belanja akademik atau bukan akademik dengan jumlah yang tidak ketara perbezaannya. Faktor jantina tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kebanyakan item bagi belanja akademik dan bukan akademik. Kajian ini mendapati bagaimana para pelajar mencorakkan perbelanjaan mereka adalah sangat penting bukan sahaja untuk kejayaan dalam pendidikan, tetapi untuk kejayaan dan kualiti kehidupan mereka di masa hadapan.



[Kategori: Jurnal 2013] [Muat Turun]
 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB