Keterangan
Tajuk :
KAJIAN PENGGUNAAN CIDOS E-LEARNING DALAM KALANGAN PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Ketua Pengarang/Penulis:
Suhaizi Bin Ramli

Senarai ahli-ahli :
Mohamad Najib Bin Mohamad Zain dan Nurul Azyra Binti Said@Idrus



Kategori Penulisan:
Jurnal 2013

Tahun Dikeluarkan:
2012

KataKunci:
CIDOS E-learning, pengajaran dan pembelajaran, Likert

Abstrak:
Proses pembelajaran melalui E-Learning merupakan kaedah pembelajaran atas talian yang berasaskan LMS (Learning Management System). Kaedah ini mula diperkenalkan dan digunakan pada tahun 2010 yang dikenali secara umum sebagai CIDOS E-Learning. Melalui kaedah ini proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan fleksibel dari segi tempat, masa, kaedah serta bahan pengajaran. Kajian dijalankan bertujuan meninjau tahap penerimaan pelajar terhadap kaedah pembelajaran melalui CIDOS E-Learning di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ini tertumpu kepada 2 aspek kajian iaitu tahap pengetahuan dan kesediaan pelajar dalam menggunakan CIDOS E-Learning dalam pembelajaran. Responden terdiri daripada pelajajar JKM bagi sesi pengajian Jun 2012. Instrument kajian mengandungi 20 item berasaskan skala pemeringkatan Likert. Analisis menggunakan perisian SPSS Versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar dalam menggunakan CIDOS E-Learning adalah berada pada tahap sederhana dengan nilai min 2.47 dan tahap kesediaan pelajar dalam menggunakan CIDOS E-Learning pula adalah 2.76. Penambahbaikan perlu dijalankan bagi membolehkan pelajar mengaplikasikan kaedah ini secara lebih berkesan.









[Kategori: Jurnal 2013] [Muat Turun]
 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB