Keterangan
Tajuk :
Pendekatan Pembelajaran Dan Pencapaian Pelajar Melalui Pelaksanaan Outcome Based Education (Obe): Kajian Kes Bagi Pelajar Semester Akhir Di Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Ketua Pengarang/Penulis:
Nur Eliza M.1

Senarai ahli-ahli :
Siti Zuraidah M.O

Kategori Penulisan:
Jurnal 2013

Tahun Dikeluarkan:
2012

KataKunci:
Outcome Based Education, Pendekatan Permukaan, Pendekatan Mendalam, Pencapaian Pelajar, PTSB

Abstrak:
Outcome Based Education (OBE) merupakan sistem pendidikan yang memfokuskan kepada pemusatan pelajar. Kajian ini adalah untuk menentukan kecenderungan pendekatan pembelajaran mendalam dan pendekatan pembelajaran permukaan yang digunakan oleh pelajar melalui pelaksanaan OBE dan menentukan wujudnya hubungan antara pendekatan pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Responden kajian adalah di kalangan pelajar semester akhir Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung memilih pendekatan mendalam berbanding pendekatan permukaan. Manakala bagi melihat hubungan antara pendekatan pelajar dengan pencapaian pelajar iaitu melalui Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM), dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang negatif.





[Kategori: Jurnal 2013] [Muat Turun]
 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB