Keterangan
Tajuk :
KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG DI POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH DARI PERSPEKTIF PELAJAR

Ketua Pengarang/Penulis:
Samsul Abd Rashid

Senarai ahli-ahli :
Hasmida Mohamad Hassan

Kategori Penulisan:
Jurnal 2013

Tahun Dikeluarkan:
2013

KataKunci:
Keberkesanan, laluan pejalan kaki berbumbung , faktor kejayaan kritikal (critical success factor

Abstrak:
Sistem laluan pejalan kaki adalah merupakan rangkaian perhubungan yang sangat penting di dalam kampus. Ini adalah kerana ia merupakan binaan yang menghubungkan di antara satu bangunan ke bangunan yang lain. Pengguna utama di dalam kampus adalah pelajar dan berjalan kaki adalah kaedah pergerakan yang paling efektif untuk bergerak dari satu bangunan ke bangunan yang lain. Laluan pejalan kaki berbumbung pula adalah bertujuan untuk membolehkan pergerakan berlaku di dalam kampus dan dapat menghindari daripada tindakan cuaca seperti panas dan hujan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui ciri-ciri yang perlu ada pada sesuatu laluan pejalan kaki berbumbung dan faktor kejayaan yang kritikal (critical success factor) untuk laluan pejalan kaki berbumbung di dalam kampus Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Responden terdiri daripada pelajar semua jabatan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Kajian berbentuk kuantitatif ini memperolehi data menerusi maklumbalas soal selidik dan kajian dilapangan. Hasil kajian mendapati bahawa faktor kejayaan kritikal bagi laluan pejalan kaki berbumbung di dalam Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ialah dari aspek rekebentuk struktur iaitu ketinggian, kelebaran , kemasan lantai, rangkaian perhubungan, serta kemudahan yang perlu untuk meningkatkan keselesaan pengguna. Secara keseluruhannya, laluan pejalan kaki berbumbung Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah perlu dibuat penambahbaikan dan penyelenggaraan dari aspek rekabentuk dan perhubungan antara jaringan rangkaian laluan pejalan kaki tersebut.



[Kategori: Jurnal 2013] [Muat Turun]
 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB