Keterangan
Tajuk :
Hubungan Gaya Pembelajaran Dan Motivasi Dalam Kursus EC501 Embedded Application System

Ketua Pengarang/Penulis:
Zunainah Binti Hamid

Senarai ahli-ahli :
Siti Farah Binti Hussin,Mohd Azral Bin Fauzi

Kategori Penulisan:
Prosiding PTSB 2014

Tahun Dikeluarkan:
2014

KataKunci:
gaya pembelajaran, motivasi, pencapaian pelajar, embedded application system

Abstrak:
Pada masa kini, sistem pendidikan di negara kita banyak diterapkan dengan pelbagai rangsangan dan kaedah serta pendedahan untuk peningkatan perkembangan pembelajaran pelajar. Setiap pelajar bertindak balas dengan cara pembelajaran yang berlainan untuk meningkatkan daya pembelajaran mereka. Perkara ini juga sering menjadi panduan dan dorongan kepada pelajar untuk menentukan pencapaian mereka dalam sistem pembelajaran mereka. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan gaya pembelajaran dan motivasi pelajar dalam kursus EC501 di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang mengikuti kurikulum baharu berasaskan hasil pembelajaran atau OBE (Outcome Based Education). Seramai 130 orang pelajar, semester 5 Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) yang mengambil kursus EC501 terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan data dikumpul melalui borang soal selidik yang mengandungi 57 item untuk mengukur hubungan gaya pembelajaran dan motivasi pelajar. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statisticalversion 19.0. Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa kebanyakan pelajar mengamalkan keempat-empat gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran permukaan, mendalam, terancang dan gaya pembelajaran gigih usaha. Bagi faktor motivasi, didapati nilai motivasi dalaman lebih tinggi berbanding motivasi luaran. Analisis kajian turut menemukan hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dan motivasi. Hasil analisis korelasi mendapati terdapat korelasi positif yang sederhana antara gaya pembelajaran mendalam dan motivasi dalaman, r = 0.40 dan hubungan gaya pembelajaran mendalam dan motivasi luaran , r= 0.35.



[Kategori: Prosiding PTSB 2014] [Muat Turun]
 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB