Keterangan
Tajuk :
Kajian Sorotan Kepentingan Pengetahuan Campuran Pemasaran Di Dalam Bidang Keusahawanan

Ketua Pengarang/Penulis:


Senarai ahli-ahli :
SHARIFAH YUHAYU SUZANA

Kategori Penulisan:
Prosiding PTSB 2014

Tahun Dikeluarkan:


KataKunci:


Abstrak:
Kajian ini membincangkan mengenai kepentingan strategi campuran pemasaran yang mendominasi bidang pemasaran dan seterusnya membincangkan bagaimana strategi campuran pemasaran berperanan penting dalam bidang keusahawanan. Campuran pemasaran adalah satu konsep yang diguna oleh pemilik perniagaan dan juga usahawan dalam mengaplikasikan strategi campuran pemasaran tradisional : empat P (4Ps) iaitu produk, harga, promosi dan saluran pengagihan. Strategi campuran pemasaran ini berkeupayaan untuk membantu sesebuah perniagaan dalam menentukan kesesuaian sesuatu produk atau perkhidmatan disasarkan kepada sasaran pasaran yang tepat. Perlaksanaan strategi pemasaran yang berkesan dan berjaya bergantung kepada operasi syarikat mengaplikasi pengetahuan tentang pemasaran dan strategi campuran pemasaran dalam bidang keusahawanan menjadi satu program tindakan yang padu dan dapat menyokong strategi yang bakal dilaksanakan. Aspek pengetahuan tentang strategi campuran pemasaran penting bagi membolehkan syarikat menyusun strateginya untuk mencapai kejayaan dalam pemasaran produk dan perkhidmatan yang diusahakan selain daripada pengetahuan asas perniagaan semata-mata. Pengetahuan strategi campuran pemasaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan. Justeru itu, yang menjadi teras kepada strategi pemasaran adalah pemilihan strategi campuran pemasaran yang bersesuaian dan menepati sasaran pasaran melalui perlaksanaan yang cekap. Keupayaan untuk memahami strategi campuran pemasaran iaitu produk, harga, promosi dan saluran pengagihan adalah asas kejayaan kepada usahawan untuk berjaya di dalam perniagaan.



[Kategori: Prosiding PTSB 2014] [Muat Turun]
 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB