Keterangan
Tajuk :
Kajian Mengenai Kesalahan Asas Matematik Dalam Topik Kembangan Binomial

Ketua Pengarang/Penulis:


Senarai ahli-ahli :
HASLIZA NOOR AZIMAH HAFIZ REZA

Kategori Penulisan:
Prosiding PTSB 2014

Tahun Dikeluarkan:
2014

KataKunci:


Abstrak:
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesalahan asas Matematik yang sering dilakukan oleh pelajar Semester 5 dalam Topik Kembangan Binomial bagi Subjek Matematik Kejuruteraan 4(BA501) di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Tinjauan awal dilakukan secara kuantitatif melibatkan dua program Diploma Kejuruteraan berdasarkan keputusan Ujian 1 bagi Soalan 1 SesiDisember 2013. Kajian mendapati seramai 28 daripada 38 orang pelajar DET (Diploma Kejuruteraan Elektrik) dan 17 daripada 34 orang pelajar DKM (Diploma Kejuruteraan Mekanikal) telah melakukan pelbagai kesalahan asas Matematik. Hasil kajian mendapati terdapat tiga kesalahan asas Matematik yang paling dominan iaitu sebanyak 22.2% kesalahan jawapan yang tidak dikuasakan bagi sebutan yang mempunyai pekali dan ‘unknown’, 19.4% kesalahan tidak meletakkan kurungan bagi sesuatu sebutan dan 12.5% kesalahan pada jawapan akhir bagi nombor negatif yang mempunyai kuasa. Kajian lanjutan dilakukan dengan mengambil data daripada skrip jawapan Peperiksaan Akhir SesiDisember 2013 bagi kelas yang sama. Diharapkan melalui kajian ini, kesalahan asas Matematik dalam Topik Kembangan Binomial dapat dikenalpasti dengan lebih terperinci dan cadangan penyelesaian yang bersesuaian perlu dicari dan dipraktikkan di masa akan datang.



[Kategori: Prosiding PTSB 2014] [Muat Turun]
 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB