Keterangan
Tajuk :
Perbandingan Sifat-Sifat Kejuruteraan Di Antara Papan Lembut Biasa Dengan Papan Lembut Batang Pinang

Ketua Pengarang/Penulis:


Senarai ahli-ahli :
NUR SYUHAILA NOR HAYATI

Kategori Penulisan:
Jurnal 2014

Tahun Dikeluarkan:
2014

KataKunci:


Abstrak:
Papan lembut merupakan gentian kayu yang dicantumkan bersama pengikat untuk dijadikan kepingan yang besar dalam industri pembinaan. Kekurangan bahan mentah dan kos yang tinggi memberikan masalah kepada negara kerana tanpa kawalan sumber kayu akan mengalami kepupusan. Kajian terhadap sampel papan lembut batang pinang merupakan satu alternatif baru untuk menggantikan papan lembut biasa yang terdapat di pasaran. Ujian makmal yang dijalankan ke atas sampel yang dihasilkan adalah ujian resapan air, ujian tegangan dan ujian lenturan. Ujian-ujian ini memberi keputusan bagi kekuatan diantara papan lembut biasa dengan papan lembut batang pinang dengan menggunakan sampel yang disediakan mengikut nisbah fiber dan resin iaitu sampel 1 (1:1), sampel 2 (3:4) dan sampel 3 (3:5). Ujian ini dijalankan adalah berdasarkan piawaian ASTM D790, D3039, D570, D2842 dan D5229. Hasil yang diperolehi menunjukkan sampel 1 mempunyai kadar resapan air yang sangat rendah. Manakala sampel 2 tinggi kadar lenturannya manakala ujian yang terakhir menunjukkan kadar tegangan yang dimiliki oleh sampel 3 adalah paling berkesan. Keputusan ini diperolehi dengan membandingkan sampel papan lembut biasa dengan sampel papan lembut batang pinang yang berbeza-beza nisbahnya.



[Kategori: Jurnal 2014] [Muat Turun]
 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB