Keterangan
Tajuk :
Kesilapan Yang Dilakukan Pelajar Dalam Menjawab Topik Janjang Di Dalam Kursus BA301 (Matematik Kejuruteraan 3) Di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Ketua Pengarang/Penulis:


Senarai ahli-ahli :
NURULAIN HASLIZA

Kategori Penulisan:
Prosiding PTSB 2014

Tahun Dikeluarkan:
2014

KataKunci:


Abstrak:
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam Topik Janjang bagi subjek Matematik Kejuruteraan 3 (BA301). Topik ini dipilih kerana hampir 70.6% pelajar memilih untuk menjawab soalan ini ketika peperiksaan akhir. Peserta kajian terdiri daripada 214 pelajar semester 3 Diploma Kejuruteraan dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Instrumen yang digunapakai adalah soalan 4 dalam Peperiksaan Akhir Semester sesi Disember 2013 dan data dianalisis secara kuantitatif. Statistik dilakukan untuk mendapatkan peratusan bagi setiap kriteria yang dinilai. Hasil kajian menunjukkan kesalahan paling maksimum yang dilakukan oleh pelajar adalah penggunaan kaedah yang salah iaitu sebanyak 37.7% manakala kesalahan paling minimum adalah salah formula iaitu 3.2%. Kajian ini diharapkan dapat membantu pensyarah memberi penekanan tentang kesalahan lazim yang dilakukan pelajar dalam topik Janjang semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.



[Kategori: Prosiding PTSB 2014] [Muat Turun]
 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB