Keterangan
Tajuk :
Meningkatkan Kebolehan Pelajar PTSB Dalam Menyiapkan Tugasan Secara Berkumpulan Bagi Kursus Matematik Kejuruteraan Satu

Ketua Pengarang/Penulis:


Senarai ahli-ahli :
Mohamad Faizal Minarnie Hadzira Nur Elyani

Kategori Penulisan:
Prosiding PTSB 2014

Tahun Dikeluarkan:
2014

KataKunci:


Abstrak:
Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar PTSB dalam menyiapkan tugasan secara berkumpulan bagi kursus Matematik Kejuruteraan Satu. Seramai 38 orang pelajar Diploma semester satu dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah dipilih sebagai peserta kajian. Instrumen yang digunakan adalah pemerhatian dan borang soal selidik. Refleksi terhadap tugasan secara berkumpulan iaitu perbincangan kumpulan daripada keputusan penilaian berterusan yang telah diselaraskan oleh jabatan dan disahkan bagi dua penilaian yang dilakukan secara berkumpulan iaitu perbincangan kumpulan satu dan perbincangan kumpulan dua. Data kajian berdasarkan borang kaji selidik dianalisis mengunakan perisian Microsoft excel. Hasil dapatan analisis menunjukkan bahawa pelajar mesti memahami terlebih dahulu topik tersebut sebelum berbincang dengan ahli kumpulan yang lain. Setiap ahli kumpulan mestilah memberikan kerjasama, berbincang dan mendapatkan penyelesaian. Ini dapat menguji tahap kefahaman dan kerjasama setiap pelajar supaya mereka mempunyai tangungjawab untuk menyelesaikan tugasan tersebut.



[Kategori: Prosiding PTSB 2014] [Muat Turun]
 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB