Keterangan
Tajuk :
Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Pelaksanaan Kursus Sains Kejuruteraan Di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Ketua Pengarang/Penulis:


Senarai ahli-ahli :
Nur Elyani Minarnie Hadzira

Kategori Penulisan:
Prosiding PTSB 2014

Tahun Dikeluarkan:
2014

KataKunci:


Abstrak:
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Sains Kejuruteraan. Seramai 27 orang pelajar semester satu bagi sesi Disember 2013 dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah terlibat di dalam kajian ini. Dalam kajian ini, borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar yang terlibat setelah tinjauan awal dilakukan. Kaedah kuantitatif dan perisian Microsoft excel digunakan untuk menganalisis data. Hasil tinjauan di dalam kelas dan borang soal selidik mendapati lebih 80% pelajar berpendapat pengajaran dan pembelajaran menggunakan papan putih tidak menarik dan membosankan. Oleh itu, kaedah penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar menggunakan Perisian Power Point diperkenalkan untuk menarik minat pelajar melalui paparan slaid yang berwarna-warni serta penggunaan video yang menarik yang menghubungkan teori dan keadaan sebenar. Hasil daripada borang soal selidik, mendapati 81% pelajar bersetuju dengan kaedah penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga memberi komen bahawa mereka lebih fokus dan lebih bersemangat untuk belajar di dalam kelas dengan bantuan Alat Bahan Bantu Mengajar tersebut. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa telah terbukti keberkesanan penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar dapat memberikan impak yang positif kepada pelajar serta merupakan faktor penggalak kepada proses pengajaran dan pembelajaran.



[Kategori: Prosiding PTSB 2014] [Muat Turun]
 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB