Keterangan
Tajuk :
Kajian Persepsi Penerimaan Dan Perlakuan Pelajar Terhadap Perisian Geogebra

Ketua Pengarang/Penulis:


Senarai ahli-ahli :
Haryani binti Hamid Norhayati binti Ismail

Kategori Penulisan:
Prosiding PTSB 2014

Tahun Dikeluarkan:


KataKunci:


Abstrak:
Bermula dari tahun 2012, pensyarah JMSK telah mula menggunakan perisian Geogebra
bagi tujuan penilaian Practical Exercise sebagai sebahagian dari penilaian berterusan untuk kursus
Matematik Kejuruteraan 1 (BA101). Kajian ini bertujuan untuk memahami dan menilai
penerimaan dan perlakuan pelajar terhadap perisian Geogebra. Responden telah diberikan satu
soalselidik yang telah dibina menggunakan skala instrumen Technology Acceptance Model(TAM)
yang terdahulu dan diubahsuai mengikut keperluan kajian. Soalselidik ini bertujuan untuk
mengukur respon terhadap persepsi kegunaan Geogebra dan persepsi kemudahan menggunakan
Geogebra. Analisa dapatan kajian mendapati majoriti responden merasakan perisian Geogebra
penting dan dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Responden juga mendapati mudah
untuk menggunakan perisian Geogebra. Secara kesimpulannya kajian mendapati pelajar berminat
dan mampu menggunakan Geogebra dalam proses P&P.



[Kategori: Prosiding PTSB 2014] [Muat Turun]
 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB