Keterangan
Tajuk :
Tahap Kesediaan Pelajar Diploma Ukur Tanah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Semasa Menjalani Latihan Industri

Ketua Pengarang/Penulis:


Senarai ahli-ahli :
IZZATUL FADZILAH
Norul Huda
Nurul Ashikin

Kategori Penulisan:
Prosiding PTSB 2014

Tahun Dikeluarkan:
2014

KataKunci:


Abstrak:
Kajian ini akan meninjau tahap kesediaan pelajar Diploma Ukur Tanah (DUT),Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah semasa menjalani latihan industri(LI).Kajian ini akan mengkaji dapatan daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada pelajar semester 4,5 dan 6 pada sesi Disember 2013 di mana pelajar ini telah tamat menjalani latihan industri pada tiga sesi iaitu sesi Disember 2013, Jun 2013 dan Disember 2012.Aspek kajian terdiri daripada tahap pengetahuan, komunikasi dan juga sikap.Sampel kajian ini adalah pelajar yang telah tamat menjalani latihan industri bagi program DUT pada ketiga-tiga semester yang terlibat iaitu sesi Disember 2013 30 orang, Sesi Jun 2013 15 orang dan sesi Disember 2012 64 orang.Data yang telah diperolehi melalui soalan kaji selidik dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2007.Taburan skor min telah digunakan bagi menentukan tahap keseediaan pelajar DUT menjalani latihan industri dari aspek yang dinilai.Keputusan analisa skor min menunjukkan semua aspek yang dinilai berada dalam tahap yang tinggi dengan min skor 4.12.Kesediaan pelajar dari aspek dan komunikasi sikap berada pada tahap tinggi dengan min skor 4.07 dan 4.19 manakala kesediaan dari aspek pengetahuan berada pada tahap tinggi dengan mencatat min skor 4.09.



[Kategori: Prosiding PTSB 2014] [Muat Turun]
 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB