Keterangan
Tajuk :
Pembangunan Modul E- Pembelajaran Bagi Subjek ‘Geographical Information System’ ProgramDiploma Ukur Tanah, Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia

Ketua Pengarang/Penulis:


Senarai ahli-ahli :
IZZATUL FADZILAH
NURUL ASHIKIN

Kategori Penulisan:
Prosiding PTSB 2014

Tahun Dikeluarkan:
2014

KataKunci:


Abstrak:
Abstrak.‘e – GIS’ merupakan satu medium pembelajaran yang lebih efektif bertujuan menarik minat dan memudahkan pelajar lebih memahami konsep dan kaedah yang digunakan dalam kursus ‘Geographic Information system’(GIS) .Tujuan ‘e-GIS’ dibangunkan adalah merupakan salah satu usaha meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Selain itu, ia juga boleh membantu pelajar dalam melakukan ulangkaji secara lebih mudah dan berkesan. Dengan menggunakan interaktif multimedia, kursus GIS yang disampaikan dalam bentuk interaktif, mampu menarik minat pelajar sewaktu di dalam kelas dan ianya dianggap sesuai dengan perkembangan teknologi pendidikan Negara ini.Justeru, diharapkan dengan pembangunan kaedah pengajaran dan pembelajaran ini , ia akan memudahkan pelajar dalam memahami, menerima kandungan sesuatu modul yang diajar itu dengan lebih mudah. Secara tidak langsung, melatih pensyarah menjana idea kreatif dan inovatif untuk penambahbaikan teknik pengajaran dan pembelajaran sedia ada selaras dengan transformasi Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.



[Kategori: Prosiding PTSB 2014] [Muat Turun]
 

Hak Cipta Terpelihara 2014-2015 (MOHD AZRAL BIN FAUZI)-JKE PTSB